Sunday, October 14, 2007

Kehidupan

Kehidupan,
Yang penuh dengan pelbagai pengalaman,
Yang penuh dengan jutaan rasa,
Pahit, manis, masin, pedas akan ditelan,
Buat santapan sepanjang usia.

Kehidupan,
Yang penuh indah bagai pelangi,
Yang penuh dengan pelbagai ranjau jeriji,
Jikalau tidak menempuhi cabaran,
Hidup tiada rasa kenikmatan,
Menjadi pengalaman untuk kedewasaan.

Kehidupan,
Ada permulaan dan ada perakhiran,
Ada kemudaan dan ada ketuaan,
Ada kelahiran dan ada kematian,
Ada kecerahan dan ada kegelapan,
Ada kejayaan dan ada kegagalan,
Ada kejernihan dan ada kekeruhan,
Ada pangkal dan ada hujungnya,
Segalanya adalah ketentuan Tuhan.

by Lai S F

1 comment:

Unknown said...

Wah! Lai...not bad ah...very deep oh this poet..
Some word I also dunno one..haha!
Keep it up!
Maybe can upload some photoes to enhance ur blog.. =)
Cheers...

Meditate 沉思:把心定一定,把眼闭一闭,把想法沉一沉

  人有一分修养,便有一分气质 人经得起考验,便能担当大事 人有一份气量,便有一份人缘 人经得起逆境,便能学到本领 Self-cultivation brings about composure Willingness to tolerate enhances your abil...