Kehidupan,
Yang penuh dengan pelbagai pengalaman,
Yang penuh dengan jutaan rasa,
Pahit, manis, masin, pedas akan ditelan,
Buat santapan sepanjang usia.
Kehidupan,
Yang penuh indah bagai pelangi,
Yang penuh dengan pelbagai ranjau jeriji,
Jikalau tidak menempuhi cabaran,
Hidup tiada rasa kenikmatan,
Menjadi pengalaman untuk kedewasaan.
Kehidupan,
Ada permulaan dan ada perakhiran,
Ada kemudaan dan ada ketuaan,
Ada kelahiran dan ada kematian,
Ada kecerahan dan ada kegelapan,
Ada kejayaan dan ada kegagalan,
Ada kejernihan dan ada kekeruhan,
Ada pangkal dan ada hujungnya,
Segalanya adalah ketentuan Tuhan.
by Lai S F
1 comment:
Wah! Lai...not bad ah...very deep oh this poet..
Some word I also dunno one..haha!
Keep it up!
Maybe can upload some photoes to enhance ur blog.. =)
Cheers...
Post a Comment